Thursday, June 9, 2011

Panduan Untuk Membersihkan Hati

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

Thursday, September 30, 2010

mmmmmmmmmmmmmm


Wednesday, June 2, 2010

SeNyuM PeTanG

Category Others
Title :SENYUM PETANG...

Cerita 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.



Cerita 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,ýAlaý releks le, aku ni kan anjing laut.ý



Cerita 3

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.ýAtok buat apa tu?ý ýAtok bagi surat kat kawan atok, cu!ýjawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,ýApa ******* sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?ý



Cerita 4

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,ýEh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.ý

Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.



Cerita 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,ýCuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.ý

ýMmmmmý entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tuý.ý



Cerita 6

ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, ýakak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik..ý
ýooo.. saya nak ke tingkat 24″, jawabnya selamba..ýtp td akak tekan butang 2 dan 4″ tanya saya lagi tak puas ati.. ýastaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulatorýsambil menggaru kepalaý



Cerita 7

Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. ýBayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan sayaý. ýLho ý kenapa kamu tidak membeli dua komputerý sahut temannya..



Cerita 8

Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah2 belaka.. jd,bapanya membanding2kan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai...
bapa : ýkamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah2. dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas betull..ý
kerana kesal dibanding2 si anak menjawab: ýyelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdiký..ý bapa : ??



Cerita 9

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan
segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai,
mereka masing2 keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus
menuju ke arah mereka dan seraya berkata, ýMaaf en, anda tidak
dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!ý.. maka dua org
sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing...

Monday, May 31, 2010

Terkini!! -Israel attacks Gaza aid fleet

10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang 'Tragedi Mavi Marmara'

1. Mavi Marmara merupakan kapal utama yang mengetuai konvoi 6 kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, memuatkan hampir 700 orang dari 50 buah negara yang berbeza.

2. 12 orang rakyat Malaysia yang ikut serta di dalam kapal Mavi Marmara yang terdiri daripada sukarelawan, doktor serta wartawan sedang ditahan oleh Israel dan keadaan mereka masih tidak diketahui dengan jelas.

3. Barang-barang yang dibawa bersama oleh Freedom Frotilla ini adalah seperti ubat-ubatan, bahan binaan, rumah pasang siap, buku, alat tulis, kerusi roda dan lain-lain lagi keperluan rakyat Gaza yang telah dikenakan sekatan sepenuhnya oleh Israel sejak 4 tahun yang lepas.

4. Penumpang-penumpang terdiri daripada sukarelawan bantuan kemanusiaan, doktor, wartawan dan ahli parlimen yang tidak sanggup melihat penderitaan rakyat Gaza ditindas sesuka hati oleh Israel dan dibiarkan sahaja oleh negara-negara lain.

5. Kini Israel mengamalkan dasar media tertutup dengan menghalang sebarang maklumat berkaitan peristiwa ini keluar dan cuba memutarbelitkan fakta agar menghalalkan tindakan mereka melakukan pembunuhan terhadap orang awam.

6. Kapal-kapal, penumpang dan barang-barang telah melalui proses pemeriksaan yang ketat di pelabuhan bagi memastikan tiada bahan berbahaya atau senjata dibawa dan kesemua individu merupakan pekerja bantuan kemanusiaan.

7. Kapal Mavi Marmara diserang di perairan antarabangsa, bukannya di perairan yang dikuasai oleh Isreal.

8. Tindakan para penumpang Mavi Marmara merupakan reaksi kepada aksi ganas Israel yang ingin merampas kapal dengan menembak dari helikopter dahulu sebelum pasukan komando lengkap bersenjata mendarat yang kemudiannya dihalang oleh penumpang kapal.

9. Armada laut Israel menghantar pasukan komando lengkap bersenjata dan dibantu oleh helikopter, bot laju serta kapal perang untuk merampas kapal-kapal Freedom Frotilla yang dinaiki oleh orang awam yang tidak bersenjata.

10. Anda boleh melakukan sesuatu. Sebarkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, sedarkan masyarakat tentang tindakan biadab Israel, ambil tindakan sewajarnya dan pohon doa kepada Allah.

Maklumat lanjut: http://www.lifeline4gaza.org/





Announcement
Category Others
Title Terdapat Logo Israel Dari Desktop & Laptop...
Message

Salam,


Ramai pengguna-pengguna Desktop dan Laptop yang menggunakan perisian Microsoft Windows tak sedar bahawa sekian lama logo Israel ada dalam Desktop dan juga Laptop...

Sekarang anda ada pilihan samada nak simpan atau nak buang logo tersebut dari Desktop dan juga Laptop anda...

Kalau nak tengok boleh ikut langkah-langkah dibawah ni.

Cari dekat drive C: > ProgramFiles > Microsoft Office > MEDIA > CAGCAT10 > J0285926.WMF.

Terpulang pada anda nak buat apa sekarang...

Wednesday, May 26, 2010



Faculty of Electrical & Electronics,UMP Pekan campus

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari

Pembuka kata

Beberapa minggu lalu saya ada terfikir untuk menulis beberapa tips dan petua berkenaan teknik ingat apa yang sudah dipelajari. Namun, saya sudah tuliskan isi-isinya dalam kemahiran menghafal. Di dalam petua yang saya ingin kongsikan beberapa hari ini agak berbeza kerana ini adalah cara praktikal yang anda boleh gunakan untuk mengingati sesuatu dengan lebih mudah.Petua ini tidak semestinya anda gunakan semasa belajar, tetapi dalam mana-mana keadaan yang memerlukan anda untuk mengingat sesuatu. Contohnya, jika seseorang menerangkan cara untuk pergi ke suatu tempat, anda akan lebih mudah ingat penerangan itu jika anda gunakan petua-petua ini. Jadi, kita akan mulakan dengan petua yang pertama minggu depan.

Selamat membaca.


--------------------------------------------------------------------------------
Petua 1

Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Begini, dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak benda dan perkara yang berlaku disekeliling kita. Jika anda berada di dalam kelas, ada bunyi kipas, bunyi kawan-kawan sedang bercakap, bau makanan yang datang dari kantin, suara cikgu sedang mengajar, bunyi tapak kaki pelajar di luar kelas, pokok-pokok yang bergoyang di luar kelas dan sebagainya.

Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa. Jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, anda tidak akan sedar tentang perkara lain. Masalahnya, jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang bergoyang semasa guru anda mengajar, anda akan ingat tentang pokok bergoyang juga semasa peperiksaan nanti. Ini sama seperti kejadian hilang kunci di rumah. Pernahkah anda terlupa di mana anda letakkan kunci rumah hingga puas anda cari seluruh rumah?

Mengapa anda lupa di mana anda letak kunci tersebut? Menurut kajian, sebab utamanya ialah anda tidak menumpukan perhatian kepada kunci itu semasa anda meletakkannya di sesuatu tempat. Maksudnya, semasa anda tidak sengaja meletakkan kunci tersebut di dalam peti ais, fikiran anda sedang sibuk fokus kepada perkara lain seperti rancangan di televisyen atau masakan tengahari.Jadi jika anda mahu ingat apa yang guru anda ajarkan, semasa guru mengajar:



Abaikan perkara lain yang berlaku disekeliling anda. Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang guru anda sedang katakan dan cuba fahami maksudnya. Tukarkan kata-kata guru anda kepada gambar di dalam minda anda. Katakan guru anda sedang bercerita tentang kesan asap kilang kepada pencemaran udara, bayangkan anda sedang melihat asap tersebut dan anda dapat lihat bagaimana udara menjadi kotor disebabkan asap tersebut. Kadang-kadang gangguan boleh datang daripada kawan anda sendiri. Ada pelajar yang suka bercakap dan bertanya kepada anda semasa guru sedang mengajar. Ini sangat mengganggu. Walaupun kawan anda mahu tanya tentang pelajaran, dia tidak sepatutnya tanya anda sewaktu guru sedang mengajar. Jika mereka mahu tanya, mereka patut tanya guru. Jika anda ada kawan yang selalu mengganggu konsentrasi anda, anda patut berterus terang dan bercakap kepadanya dengan baik. Jika dia tidak berubah, anda patut fikir jika anda perlu ubah tempat demi memajukan pelajaran anda.
Jika anda ada apa-apa yang tidak faham, tanya guru anda bukan kawan di sebelah anda. Jika anda tanya kawan disebelah, guru akan sangka anda sedang berbual dan tidak menumpukan perhatian. Tambahan lagi, kawan anda mungkin tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan anda.
Anda perlu tahu, anda tidak ingat sesuatu dengan tidak sengaja. Anda tidak boleh ingat fakta sejarah dengan tidak sengaja. Anda perlu fokuskan sepenuh tumpuan anda kepada apa yang anda pelajari. Proses mengingat akan jadi jauh lebih mudah jika anda fokus. Teknik ini boleh anda gunakan semasa belajar apa sahaja.

Selamat mencuba.




--------------------------------------------------------------------------------


Petua 2

Sebelum anda pelajari petua kedua, tahukah anda bahawa bahasa memori anda ialah ‘gambar‘? Ini bermaksud, anda berfikir dan mengingat dengan cara bergambar. Jika sesoerang menyebut perkataan ‘asap’, anda akan terbayangkan gambar asap yang berkepul-kepul, bukan tulisan ‘a.s.a.p’. Dengan mengetahui bahasa memori ini, anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih mudah.Petua kedua berbunyi, ‘tukarkan maklumat yang ingin anda ingat kepada gambar’.

Sebagai contoh, jika seseorang memberi tunjuk arah kepada anda untuk pergi ke sesuatu tempat, anda akan lebih mudah ingat jika anda menukarkan maklumat itu kepada gambar. Contohnya, jika orang itu berkata, jalan terus melalui jalan ini (bayangkan gambar jalan raya yang lurus), kemudian belok kiri pada lampu isyarat pertama (bayangkan anda dapat lihat satu lampu isyarat dan mula membelok ke kiri), jalan terus lagi hingga anda jumpa pasaraya X (bayangkan anda bergerak terus hingga bertemu pasaraya x. Bayangkan rupa pasaraya X itu!) dan……seterusnya…..



Dengan menukarkan maklumat kepada gambar, anda lebih mudah ingat berbanding dengan hanya mendengarnya sahaja. Di dalam kelas atau dewan kuliah pula, anda perlu buat diri anda sibuk dengan menukarkan maklumat daripada gur dan pensyarah kepada gambar. Ada satu sebab utama mengapa anda perlu lakukan ini. untuk pengetahuan anda,

kelajuan manusia bercakap adalah antara 150 - 200 patah perkataan seminit
kelajuan manusia berfikir adalah antara 300 - 500 patah perkataan seminit.
Ini bermaksud, semasa guru atau pensyarah anda bercakap, minda anda ada banyak masa untuk leka dan hanyut memikirkan perkara lain. Dengan menukarkan apa yang guru/pensyarah anda katakan kepada gambar, anda akan lebih fokus dan tumpuan anda tidak akan terpesong ke tempat lain. Ini pastu akan membuat anda lebih mudah ingat.

Selamat mencuba.




--------------------------------------------------------------------------------


Petua 3

Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda ingat.

Tentu anda pernah dengar pepatah Inggeris yang mengatakan ‘Repetition is the mother of all skills” (Pengulangan adalah ibu kepada segala kemahiran). Jika anda mahu pandai menaiki basikal, anda mesti menunggang basikal berulang-ulang kali hingga anda benar-benar pandai dan cekap.Katakan anda baru mengenali seseorang dan dia memperkenalkan diri dan namanya. Tentu anda ada pengalaman sebaik sahaja seseorang memberitahu nama mereka, anda lupa apa nama itu.

Akhirnya anda dengan rasa malu terpaksa bertanya sekali lagi. Untuk mengelakkan perkara begini, setelah seseorang itu memperkenalkan namanya, anda perlu sebut nama itu kembali dan gunakannya dalam perbualan anda. Contohnya, “Nama saya Ahmad.” “Oh..Ahmad…..Ahmad dari mana….” Ahmad ke sini ada urusan apa?”Apabila anda mengulang nama itu beberapa kali dalam perbualan anda, anda jadi lebih mudah ingat nama itu.Di dalam pelajaran pula, satu teknik terbaik untuk ingat apa yang guru anda ajarkan ialah pada waktu malam sebelum anda tidur, anda buka semula buku dan nota yang anda tulis dalam kelas bersama guru anda siang tadi.

Baca semual buku dan nota itu sepintas lalu. Cuba ingat semula apa maksud tulisan anda itu. Lebih baik lagi, cuba ingat bagaimana cara gru anda menerangkan tentang nota itu siang tadi. Ia seolah-olah anda cuba memainkan semula video di dalam minda anda mengenai apa yang anda pelajari siang tadi.Hasilnya, anda akan ingat lebih lama apa yang anda pelajari.

Jika anda cuba menghafal sifir juga, anda mungkin rasa susah hendak hafal jika anda baru mencuba 5 ke 10 kali sahaja. Apa kata anda cuba hingga 100 kali. Tentu ia jadi lebih mudah.

Selamat mencuba.




--------------------------------------------------------------------------------



Petua 4

Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah dengan menjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi.

Di waktu pagi selalunya minda anda lebih segar kerana baru sahaja berehat sepanjang malam. Namun, masalahnya ialah jika anda tidak menjaga masa tidur anda, minda anda akan sentiasa keletihan dan tidak mampu mengingati sesuatu dengan mudah.Saya mahu tanya anda, pukul berapa anda tidur pada waktu malam? 10? 12? 2 pagi? kebanyakan pelajar mengatakan mereka tidur antara pukul 10 hingga 12 malam.

Ada juga yang tidur lebih lewat daripada itu. Mengapa? Belajar adalah alasan mereka.Anda perlu tahu, minda anda adalah alat utama untuk anda mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Jika seorang pelumba motosikal memerlukan motosikal sebagai alat utama dan pelumba kereta memerlukan kereta sebagai alat utama, anda perlukan minda anda. Jika minda anda lemah, sama seperti motor atau kereta yang tidak berkuasa, pasti tidak boleh memenangi pertandingan.Jadi anda perlu dapatkan tidur yang mencukupi.

Menurut satu kajian yang saya baca, masa paling bagus untuk tidur supaya mendapat kesan rehat yang baik ialah sebelum pukul 12 tengah malam. Jika anda tidur dalam pukul 10 atau 11 malam, tubuh anda akan rasa lebih segar di waktu pagi kerana waktu itu sangat sesuai untuk tubuh manusia berehat dan tidur. Katakan anda tidur pada pukul 1 atau 2 pagi, tubuh dan minda anda akan rasa penat walaupun anda bangun lewat keesokan harinya.Mulai hari ini, jika anda biasa tidur lewat untuk mengulangkaji, dapatkan satu atau dua hari dalam seminggu untuk tidur awal (antara pukul 10 hingga 11).

Ini akan memberi tubuh badan dan minda anda masa yang cukup untuk berehat sepenuhnya. Ingat, tubuh dan minda yang segar akan membuat anda jadi lebih aktif dan mampu mengingati apa yang anda pelajari dengan lebih mudah.Satu cara mudah untuk tidur awal pula ialah dengan melakukan aktiviti riadhah / sukan yang berat sedikit pada waktu petang. Apabila tubuh anda letih akibat riadhah yang menyihatkan, anda akan lebih mudah tidur. Dalam masa yang sama, kurangkan tidur pada waktu siang.

Selamat mencuba.




--------------------------------------------------------------------------------

Petua 5

Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta.

Contohnya, jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera cuba menyelesaikan masalah atau latihan matematik dalam subjek tersebut. Mengapa?Kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba perkara yang baru dipelajari. Jika satu topik baru diajar pada hari Isnin dan kerja rumah diberikan, pelajar akan berlengah-lengah dalam melaksanakan kerja tersebut.

Seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini, jika pelajar bertangguh hingga melepasi tempoh 48 jam, mereka akan lupa lebih daripada 90% apa yang mereka pelajari itu.Setelah anda pelajari topik baru, anda perlu segera mencuba dan buat latihan berkenaan. Ini adalah kerana, dalam masa yang singkat sahaja anda akan lupa apa yang guru anda telah ajarkan.

Apabila anda lupa, anda tidak akan faham nota yang telah anda tulis sendiri. Apa akan jadi ialah anda perlu belajar semula topik itu dari awal hingga akhir.Katakan anda sedang belajar subjek selain subjek matematik. Katakan anda sedang belajar subjek sejarah.

Apabila guru anda menerangkan tentang kisah penjajahan Jepun contohnya, anda boleh bayangkan seolah-olah anda sendiri berada pada zaman itu. Apabila anda bayangkan begitu, anda akan rasa lebih jelas mengenai kisah sejarah itu. ia seolah-olah anda boleh lihat semua kejadian semasa zaman itu di dalam minda anda. Ini akan membuat anda lebih ingat akan topik ini.

Satu kelebihan utama jika anda praktikkan apa yang anda pelajari secepat mungkin ialah anda akan cepat dapat menguasainya. Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ’susah’ hanyalah pada peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, semuanya akan jadi lebih mudah dan selesa. Sama seperti anda belajar menunggang basikal.

Pada mulanya anda perlu ingat bagaimana cara hendak mengayuh dengan betul. Tetapi setelah anda menguasainya, anda boleh lakukannya tanpa berfikir. Malah, walaupun anda tidak menunggang basikal bertahun-tahun lamanya, kemahiran menunggang basikal pasti masih ada pada anda.

Selamat mencuba.




--------------------------------------------------------------------------------

Petua 6

Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ‘tulis‘. Saya selalu perhatikan gelagat pelajar semasa berada di dalam kelas, ceramah atau kursus. Mereka selalu leka mendengar atau mengelamun tanpa berbuat apa-apa mengenai apa yang mereka dengar.

Perkara ini juga mengingatkan saya kepada seorang ustazah saya yang mengajar bahasa Arab semasa saya di tingkatan 3, ustazah Fatimah.

Ustazah saya ini terkenal dengan ungkapannya, “Ha…catatlah….”. Setiap hari dan hampir setiap kelas Ustazah akan menyuruh dan mengingatkan kami untuk mencatat apa yang kami pelajari.

Walaupun kami sedar apa yang ustazah ajarkan sangat penting, kami selalu leka dan tidak mencatatnya. Kini, saya benar-benar boleh melihat mengapa Ustazah Fatimah beria-iya benar mahu kami mencatat apa yang telah kami pelajari. Satu sebabnya anda pasti sudah tahu bahawa kita mudah lupa.

Dengan mencatat atau menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa sahaja. Kedua, apabila anda menulis apa yang anda pelajari, fikiran anda akan fokus kepada apa yang anda tuliskan itu. Jadi, anda tidak akan leka. Minda yang fokus kepada sesuatu yang dipelajari akan lebih mudah mengingatinya.



Ada beberapa tips untuk menulis apa yang anda pelajari.

Pertama, anda tidak semestinya menulis bulat-bulat apa yang guru anda tuliskan di papan hitam. Apa yang patut tulis adalah berdasarkan apa yang anda faham. Tulis dalam bentuk yang anda boleh faham.
Kedua, jika anda menyalin nota yang guru anda berikan, buat penerangan kecil dalam ayat anda sendiri tentang maksud nota yang anda salin itu. Contohnya, jika anda menyalin nota yang menunjukkan jalan kerja matematik, anda boleh tuliskan penjelasan menggunakan ayat anda sendiri (jika boleh, menggunakan pen warna berbeza) tentang jalan penyelesaian matematik. Ini supaya anda faham apa yang berlaku di dalam jalan penyelesaian matematik itu kelak.

Anda perlu ingat, antara menulis nota dan mendengar penjelasan cikgu, yang kedua adalah lebih penting. Ini bermaksud, jika guru anda sedang menerangkan tentang sesuatu, berhenti menulis dan dengar penjelasannya dengan teliti. Tulisan anda tidak akan bermakna jika anda tidak faham apa yang guru anda terangkan.

Jadi kreatif. Anda boleh reka nota dan tulisan anda sendiri. Nota patut jadi sesuatu yang menyeronokkan untuk dibaca. Gunakan warna. Gunakan lukisan. Kadangkala penerangan guru anda boleh ditulis dalam bentuk lukisan, bukan tulisan.

Selamat mencuba.







--------------------------------------------------------------------------------

Petua 7

Petua yang terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’. Hmm…jangan risau jika anda kurang pasti apa maksudnya…..

Begini, bayangkan anda sedang belajar tulisan dalam bahasa Cina. Jika anda pertama kali melihat tulisan dalam bahasa Cina, anda akan rasa sangat sukar mengenal pasti perbezaan antara setiap huruf-huruf itu. Ini adalah kerana anda tidak tidak boleh mengaitkannya kepada apa yang pernah anda lihat sebelum ini. Jika anda belajar Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya abjad A.B.C.D…dan sterusnya itu anda sudah biasa lihat. Apabila anda sukar untuk mengenal pasti perbezaannya, anda akan hadapi kesukaran untuk mengingatinya.

Namun, jika anda boleh mengaitkan huruf-huruf itu kepada sesuatu yang anda sudah biasa lihat, anda akan lebih mudah mengenalpasti huruf-huruf tersebut. Contohnya, ada huruf yang anda kata ‘macam gambar pokok rendang’. Ada huruf yang macam bentuk ‘H’. Ada huruf yang macam orang sedang berlari.

Mengaitkan huruf tulisan Cina kepada bentuk-bentuk yang anda kenal itulah yang dimaksudkan dengan ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’.

Apabila anda belajar sesuatu yang baru, anda akan lebih mudah ingat jika anda kaitkan pelajaran baru itu kepada sesuatu yang anda sudah tahu. Ini bermaksud, anda perlu memberikan makna atau maksud kepada apa yang anda pelajari.

Katakan anda sedang menghafal subjek Sains, organ dalaman telinga contohnya. Ada satu bahagian dalam telinga namanya Cochlea. Mungkin sukar untuk anda ingat nama ini kerana anda jarang mendengarnya. tetapi, apa kata jika anda tukarkan Cochlea ini kepada perkataan ‘Kak Lia’ dan bayangkan seorang perempuan berpangkat kakak yang anda panggil Kak Lia? Ia lebih mudah diingat bukan.

Satu contoh lagi dalam organ telinga ialah eardrum. Anda tahu drum itu adalah gendang. Jadi, apa kata anda kaitkan eardrum kepada satu gambar gendang kecil yang ada dalam telinga? Ia lebih mudah diingat bukan?

Jadi, mulai hari ini, kaitkan apa-apa sahaja yang anda pelajari kepada sesuatu yang anda sudah ketahui.

Selamat mencuba.




--------------------------------------------------------------------------------

Pembuka kata

Alhamdulillah, saya telah berjaya kongsikan 7 petua untuk mudah ingat apa yang dipelajari. Dengan menggunakan petua ini, anda boleh meningkatkan kebolehan anda untuk mengingat sesuatu yang anda pelajari hingga 2-3 kali ganda. Bayangkan jika anda lebih mudah ingat, apakah kesannya kepada pencapaian akademik dan keyakinan diri anda?

Satu pesan saya, anda perlu ingat, kebolehan yang ada dalam diri anda tidak terbatas. Apa yang membataskan kebolehan anda adalah diri anda sendiri. Jika selama ini anda rasa anda lemah dan sukar mempelajari sesuatu, hapuskan rasa dan kepercayaan begitu. Mulakan hari ini dengan satu kepercayaan baru bahawa anda juga hebat seperti mana-mana pelajar cemerlang yang lain.

Selamat berjaya! (source: http://www.osmanaffan.com)

Pengalamanku..hehe


salam..mula2 aku nk tergelak jgk bila imbas kembali saat suka & duka spnjg hidupku...terutamanya bila teringat saat2 kenangan silam menyambung pelajaran..hehe(ketawa sorg2)...yela,aku stat lps abes dapat result spm,cm2 aku fkir nk jd engineer dan len2 lg r..mula2 igt nk bt diploma,tp bila fkir2 baik bt sijil dulu kot cz nnt kita akn dapat timba byk ilmu pengetahuan jika stat dr bawah..dlm fkiranku mse 2,hnye fkir senang2 j blake..hehehe..igt,bt sijil mst mudah r dari diploma..fkiran budak2 kata kn..huhu..tp jangkaan aku clap..cz mse exam pn,soalan budak2 sijil dgn diploma sama j..Xde beza lgsung..ni pengalamanku mse study kt poli r..tp sblm msuk poli,aku sempat jgk r study kt IKM Tan Sri Yahaya Ahmad,Pekan pahang..tp Xlame mne pn..Xclap aku dlm sebulan je kot aku study sne..mst korg terfikir2 knp aku bertukar kt poli plak kn?..sbb 1st skali cz dpt offer dari poli r..hehe..lgpn poli dungun kn area negeriku jgk kn2..sbb ke-2,aku nk improve kn diri pengetahuan yg aku ader..bukan aku Xminat nge kemahiran,tp aku minat r jgk pendidikan tinggi cket..Xnk r fokus kemahiran j..nnt Xde minat lak bende2 len..tp mse aku tinggalkn IKM Pekan,aku terfkir jgk r mne r taw,kalu 1 hari nnt kot2 aku bleh dtg IKM Pekan lg..igt kt member2 baik..thnks a lot,cz korg mmg best terutama yg duk kt area2 katil aku..(kt dorm)..hnye kenangan yg dpt mengingatkan kita selama2nyer...

berbalik mse kt poli,slps bertungkus lumus selama 2tahun aku study sijil kej.elektrik & elektronik,aku pn smbung lg study peringkat diploma integrasi kej. Elektrik di Politeknik Port Dickson (poliPD)..walaupn bt diploma hnya 1 tahun,kenangan kt poliPD memang best sgt2..rndu lak kt kwn2..korg2 sume,aku akan igt selama2nyer jasa korg yg banyak bantu & tolong aku mse aku sakit...huhu(cm2 aku sakit mse study kt PD dulu2..huhu)..tp pape pn,korg2 mmg best)...Xlupe jgk r kt en.izham cz byk tlg budak2 terengganu terutamanye mse kitorg terpilih mjadi team Robocon 2009 peringkat kebangsaan mewakili poliPD...Xlupe jgk r en.azkar,cik aribah & en.zaini..thnks byk2!!..

Lps aku abes study kt poliPd,Xsampai sebulan kot aku dpt offer bt degree (Bachelor electrical engineering in power system) kt UMP..mjur la aku dapat masuk 'direct entry'ke tahun 2..best!!..tp Xlame ph aku msuk UMP,aku dapat offer keje nge TNB plak..cm2 r rezeki aku..nk bt cmnr..sume dr Allah swt..Amin..berkat doa sume..tp yg Xbestnyer,aku la plak..mst korg tertanye2 knp aku ckp cm tu kn?..cz aku kne fkir panjang2 sebelum bt sesuatu keputusan mase depan aku..dua2 sme penting,tp korg perlu igt r,pendidikan jge amat penting walaupn rzeki pekerjaan depan mata dh kn..tp yg bt menolak jawatan tersebut cz aku kne bertugas kt wisma TNB kepong,kuala lumpur..so,aku terpakse kne tamatkan pengajian degree aku kalu aku nk terus memegang jawatan tu..pihak TNB pn prnh gtaw,awk msih muda lg..bgus jgk pendirian awk kalu nk smbung degree..die pn cm sokong j..lgpn kalu aku berkidmat,X tentu lg aku dpt sambung dgree dalam mse yg singkat nie...(mybe 5-6 tahun jgk r aku kne tggu kalu nk smbung dgree kot)...slps mintk pelbagai pendapat,so aku putuskan tuk terus study & abeskn dgree walaupn cm2 dugaan datang..org tua2 pernah ckp''berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian,bersakit2 dahulu,bersenang2 kemudian''maybe peribahasa yang tu r yg membuatkn aku terfikir sejenak..lgpn mak & ayah aku mst nk tgk aku dapat segulung dgree...mse tu,mesti aku dh jd seorg engineer kot (berangan2 sekejab..hehe)..tp tu r,berkat dr doa mak & ayah,kawan2 persejuangan,aku telah mmbuat keputusan yg berani untuk meneruskan pengajianku..terima kasih bt semua!!..tanpa korg2 sume mana mungkin aku berada di sini untuk mneruskan kehidupan pada mse akan datang..

thanks..=)